Tuesday, 15 April 2014

Sakit Mata

Saya tulis entry kali sebab benda ni terjadi kat saya sendiri sekarang ni.Rasanya ni la kali pertama saya sakit mata sejak naik sekolah menengah ni . Malam semalam gi klinik , doktor bagi ubat tahan sakit , ubat titis dan MC*Yeay*Hahahaha .Part MC ni la yang saya paling suka.Dapat dua hari MC pulak tu . Dapat la saya skip sekolah dua hari tapi sayang sangat sebab hari ni ada Program Mesra AADK kt sekolah. Saya ni bukanlah jenis yang mudah nak sakit ni . Tapi bila dah sakit susah pulak nak sembuh . Tapi takpelah sakitkan penghapus dosa kecil .

PENYAKIT & TANDANYA
  • Mata Menjadi Merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata Menjadi Kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar Tahi Mata Terlampau Banyak: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar Air Mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan Mata dan Kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang

Punca Penyakit
  • bakteria jenis haemophilus
  • jangkitan virus beserta selsema
  • tuala
  • alat kosmatik
  • bulu mata palsu
  • tangan yang tercemar
  • kanta sentuh


Petua sembuhkan sakit mata

  • Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air. Kacau sehingga larut .Kemudian masukkan muka kedalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali(tak pernah buat)
  • titikkan air zam zam kedalam mata(tak pernah buat)
  • titikkan susu ibu(tak pernah buat)
  • minum air mask banyak-banyak(biasa buat)
  • jangan makan cili,atau lauk masak sambal(tapi saya redah je yang ni)