Wednesday, 28 May 2014

Putus Harapan

 

Takku sangka 
Tidak juga ku duga
apa yang ku harap
apa yang ku inginkan 
Tidak menjadi kenyataan

Sudah ku usahakan
Sudah juga ku azamkan
Namun apakan daya
Nasib tidak menyebelahiku

Apa yang boleh 
Aku lakukan tika ini
Hanyalah terus dan terus berusaha
Terus bersemangat untuk menggengam kejayaan
Yang satu itu

Dan pada ketika
Aku mula yakin melangkah ke hadapan
datang pula satu lagi ujian
Ujian yang meruntuhkan semangat

Ujian yang menghancurkan harapan
Ujian yang membuatkan aku mula berfikir
Kali ini pada siapa lagi 
Harusku Bergantung harap

Aku buntu,Aku lemah
Ya Allah bantulah hambamu ini
Tolonglah aku,
Hujanilah aku dengan sejuta semangat !!

Friday, 23 May 2014

Aku Letih



Aku letih berpura-pura gembira
walhal pada hakikatnya aku sedih
Aku letih buat-buat suka
Sedangkan pada realitinya aku benci
Benci akan kenyataan yang perlu aku tempuh

Ada satu ketika
Aku sudah tidak mampu bertahan
Hanya air mata pengganti cerita duka
Hanya sayup suara seduan kedengaran
Pengganti hikayat sensara

Tapi pada hakikatnya
Aku sedar
Bahawa inilah yang dinamakan hidup
Dimana hari ini kita mungkin berada diatas
Dan pada hari esok kita mungkin berada dibawah

Suka atau tidak
Inilah realiti kehidupan
Mengajar kita apa itu tabah
Berharap kita mengenali apa itu kuat
Memohon agar kita terus  bertahan

Dan bersabarlah wahai hati
Akan ada satu saat 
Dimana kita juga boleh mendendangkan lagu bahagia
Lagu yang sudah lama 
Menjadi impian dan harapan kita bersama
Sabarlah duhai hati yang lara

Monday, 19 May 2014

Bestfriends


      Hello world.Lets talk about bestfriends.Do you have bestfriends?? Ok! soalan bodoh.Dah sememestinya semua orang ada bestfriendskan termasuk aku.Aku?Aku ada bestfriends ke?Do i have?? I'm not really sure actually.Haha.Funny right?Tuan punya badan pun tak tahu ada bestfriends ke tak.Mesti korang pelikan why aku sendiri tak tahu aku ada bestfriends ke tak?? Sebenarnya aku ada je bestfriends tapi... Yes!ada tapi.Tapi aku tak percayakan dorang sepenuhnya..You know why??? I dont know why.Terukkan aku ??
Adakah normal bila kita tak percayakan kawan baik kita sendiri??Somebody help me please!!Aku ada ramai kawan.Terlalu ramai kawan.Kalau aku listkan nama dorang sampai tahun depan pun tak habis .Ok! aku tipu.Help me please!!Dah kenapa rasa macam tu boleh ada??


Petang semalam aku bercakap dengan ibu aku:

Aku : Ibu percaya tak kalau kakak cakap I dont share my problem to anyone?(cakap bi dengan ibu aku tu benda biasa)
Ibu : Namapak sangat kakak tak ada bestfriends (Oh god!gaya bahasa dia tu sinis gila doh)
Aku : Kakak ada bestfriends cuma tak percayakan dorang sepenuhnya(Ayat cover)
Ibu : Tak boleh jugak sebenarnya kalau pendam sensorang?
Aku : Allah kan ada.


          Banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak tulis bebanyak.Tapi aku ada sorang kawan yang aku percayakan dia.Aina(Nurul Aina Farihas) and Sipoh(Syarifah Raihana Yasmin).Yes! I believe them.Dengan dorang la aku banyak share masalah walaupun tak sepenuhnya.Aku biasanya citekan kat dorang sekerat-sekerat.Aku fullstop kan penceritaan masalah aku kat dorang tanpa dorang sedar.Even dorang sendiri tak tahu yang aku ada minat someone dalam kelas kitaorang.Tiga tahun aku minat mamat ni dalam diam (Ekskulif Di Blog).Sebenarnya dorang tahu aku minat someone cuma dorang tak tahu sapa je.Bebelit-belit la kau ni ngeks.

Let me introduce you to all my friends:

Aina 
Tudung pink - Eqma
Tudung Oren -Amani

Baju biru - Asima
Baju Bealang-belang - Makhluk pluto sesat

Baju kuning - kartini
Baju merah - Hantu Sesat

Sipoh(Syarifah Raihana Yasmin)
Sebenarnya tak la sampai aku ni tak ade bestfriends langsung.Ada tu ada cuma tak percaya 100%.Cenggini pon boleh panggil bestfriends kan??Hahaaha.Sampai sini jela ye rakyat Fire Cat Girl!Bye ^_^

Thursday, 8 May 2014

Masalah

Semakin aku mencuba menjauh
Semakin kau menghampiri
semakin aku mencuba melupakan 
Semakin kau mendekat menghantui

Satu suratan yang mematangkan
juga satu suratan yang memeningkan
Berlari meninggalkan suratan ini bukanlah perkara yang bijak
Bertenang dan hadapi suratan ini dengan sabar
Bertenang dan selesaikannya dengan bijak
Bertenang dan setkan dalam minda anda 
Bahawa ini adalah satu ujian hidup

Bukan ujian yang menyusahkan
Bukan juga ujian yang menyerabutkan
Tapi ujian yang mengajar kita erti : 
 Sabar,Tabah dan Tenang

Adakala diperlukan adakala memenatkan
Namun inilah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan
Masalah,masalah,masalah
Akan aku hadapimu dengan sabar
Kerana kau sudah menjadi sebahagian dari hidupku
Datang dan pegi itulah sifatmu
Hilangmu terus berganti
Ellysa & Aina
8/5/14
10.15 pagi