Friday, 23 May 2014

Aku Letih



Aku letih berpura-pura gembira
walhal pada hakikatnya aku sedih
Aku letih buat-buat suka
Sedangkan pada realitinya aku benci
Benci akan kenyataan yang perlu aku tempuh

Ada satu ketika
Aku sudah tidak mampu bertahan
Hanya air mata pengganti cerita duka
Hanya sayup suara seduan kedengaran
Pengganti hikayat sensara

Tapi pada hakikatnya
Aku sedar
Bahawa inilah yang dinamakan hidup
Dimana hari ini kita mungkin berada diatas
Dan pada hari esok kita mungkin berada dibawah

Suka atau tidak
Inilah realiti kehidupan
Mengajar kita apa itu tabah
Berharap kita mengenali apa itu kuat
Memohon agar kita terus  bertahan

Dan bersabarlah wahai hati
Akan ada satu saat 
Dimana kita juga boleh mendendangkan lagu bahagia
Lagu yang sudah lama 
Menjadi impian dan harapan kita bersama
Sabarlah duhai hati yang lara