Thursday, 8 May 2014

Masalah

Semakin aku mencuba menjauh
Semakin kau menghampiri
semakin aku mencuba melupakan 
Semakin kau mendekat menghantui

Satu suratan yang mematangkan
juga satu suratan yang memeningkan
Berlari meninggalkan suratan ini bukanlah perkara yang bijak
Bertenang dan hadapi suratan ini dengan sabar
Bertenang dan selesaikannya dengan bijak
Bertenang dan setkan dalam minda anda 
Bahawa ini adalah satu ujian hidup

Bukan ujian yang menyusahkan
Bukan juga ujian yang menyerabutkan
Tapi ujian yang mengajar kita erti : 
 Sabar,Tabah dan Tenang

Adakala diperlukan adakala memenatkan
Namun inilah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan
Masalah,masalah,masalah
Akan aku hadapimu dengan sabar
Kerana kau sudah menjadi sebahagian dari hidupku
Datang dan pegi itulah sifatmu
Hilangmu terus berganti
Ellysa & Aina
8/5/14
10.15 pagi

No comments: