Friday, 3 October 2014

Dulu-Dulu

Masa kecil dulu,
Kalau menangis,
Nak menangis sekuat yang boleh,
Nak semua dengar,
Nak semua beri perhatian.


Bila dah besar,
Kalau rasa nak nangis pun,
Kita mesti jauhkan diri dari orang,
Menagis sorang-sorang,
Menangis yang tiada suara,
Tapi air mata banjir.


Tertekan,
Rasa nak jerit keluarkan semua,
Duduk dalam bilik,
Jerit sepuas hati,
Sampai anak tekak nak keluar,
Tiada siapa dengar.


Makin kita besar,
Makin banyak kita simpan sorang-sorang,
Apa boleh buat,
Itu je pilihan yang ada.

                                  
                               -Ak.A-                    _KopiPasta_

Thursday, 28 August 2014

Penat


Hati sapa lagi
yang perlu aku jaga?
yang perlu aku rawat?
yang perlu aku sembuhkan?

Masalah dari ceruk mana lagi
yang nak datang membadai
yang datang menghancurkan kegembiraan
yang hadir membunuh seribu keceriann?

Penat?
ya, aku penat
mental fizikal
semua penat!

Tak boleh ke
kau izinkan aku berehat?
izinkan aku lelapkan mata seketika
izinkan aku rehatkan badan
izinkan aku  rehatkan minda
Dan izinkan aku untuk kenal apa itu gembira :(



Tuesday, 8 July 2014

Usaha




I LEARNED THAT THE ONLY WAY YOU ARE GOING TO GET ANYWHERE IN LIFE IS TO WORK HARD AT IT.WHETHER YOU ARE A MUSICIAN , A WRITER , ATHLETE.THERE IS NO GETTING AROUND IT.IF YOU DO , YOU'LL WIN . IF YOU DONT . YOU WONT .





Thursday, 5 June 2014

Manusia oh Manusia



Bila kita senyap 
Dia kata kita mengumpat dalam diam
Bila kita bersuara
Dia kata kecoh tak bertempat

Bila kita buat baik
Dia kata kononya kita berlagak alim
Bila kita buat jahat
Dia kata mak ayah tak ajar

Apa yang aku buat
Apa yang aku cuba buat
Apa yang aku nak buat
Semua salah Semua tak kena

Habis tu apa yang kau nak?
Bila kau nak berhenti 
Jadi Juri tetap dalam hidup aku?
Ni bukan rancangan bang bang boom
Sampai kau nak bang bang boomkan
Semua benda.

Kau nak tunggu 
Aku kaku tak bernyawa 
Baru kau nak diam?
Baru kau nak berhenti?

Atau kau nak suruh 
Aku betul-betul jadi jahat
Betul-betul jadi syaitan
Baru kau nak berhenti?
Macam tu?

Aku tak habis fikir
Apa yang kau tak puas hati
Apa yang kau dengkikan sangat
Nak kata aku life aku vavavoom
Tak la vavavoom mana pun sebenarnya.

Cuma satu je nasihat aku
Dalam islam kita ada kifarah
Apa yang kau buat 
Kau akan dapat balasan
Sama ada baik atau buruk
So,stop judging me
And back home .


Wednesday, 28 May 2014

Putus Harapan

 

Takku sangka 
Tidak juga ku duga
apa yang ku harap
apa yang ku inginkan 
Tidak menjadi kenyataan

Sudah ku usahakan
Sudah juga ku azamkan
Namun apakan daya
Nasib tidak menyebelahiku

Apa yang boleh 
Aku lakukan tika ini
Hanyalah terus dan terus berusaha
Terus bersemangat untuk menggengam kejayaan
Yang satu itu

Dan pada ketika
Aku mula yakin melangkah ke hadapan
datang pula satu lagi ujian
Ujian yang meruntuhkan semangat

Ujian yang menghancurkan harapan
Ujian yang membuatkan aku mula berfikir
Kali ini pada siapa lagi 
Harusku Bergantung harap

Aku buntu,Aku lemah
Ya Allah bantulah hambamu ini
Tolonglah aku,
Hujanilah aku dengan sejuta semangat !!

Friday, 23 May 2014

Aku Letih



Aku letih berpura-pura gembira
walhal pada hakikatnya aku sedih
Aku letih buat-buat suka
Sedangkan pada realitinya aku benci
Benci akan kenyataan yang perlu aku tempuh

Ada satu ketika
Aku sudah tidak mampu bertahan
Hanya air mata pengganti cerita duka
Hanya sayup suara seduan kedengaran
Pengganti hikayat sensara

Tapi pada hakikatnya
Aku sedar
Bahawa inilah yang dinamakan hidup
Dimana hari ini kita mungkin berada diatas
Dan pada hari esok kita mungkin berada dibawah

Suka atau tidak
Inilah realiti kehidupan
Mengajar kita apa itu tabah
Berharap kita mengenali apa itu kuat
Memohon agar kita terus  bertahan

Dan bersabarlah wahai hati
Akan ada satu saat 
Dimana kita juga boleh mendendangkan lagu bahagia
Lagu yang sudah lama 
Menjadi impian dan harapan kita bersama
Sabarlah duhai hati yang lara

Monday, 19 May 2014

Bestfriends


      Hello world.Lets talk about bestfriends.Do you have bestfriends?? Ok! soalan bodoh.Dah sememestinya semua orang ada bestfriendskan termasuk aku.Aku?Aku ada bestfriends ke?Do i have?? I'm not really sure actually.Haha.Funny right?Tuan punya badan pun tak tahu ada bestfriends ke tak.Mesti korang pelikan why aku sendiri tak tahu aku ada bestfriends ke tak?? Sebenarnya aku ada je bestfriends tapi... Yes!ada tapi.Tapi aku tak percayakan dorang sepenuhnya..You know why??? I dont know why.Terukkan aku ??
Adakah normal bila kita tak percayakan kawan baik kita sendiri??Somebody help me please!!Aku ada ramai kawan.Terlalu ramai kawan.Kalau aku listkan nama dorang sampai tahun depan pun tak habis .Ok! aku tipu.Help me please!!Dah kenapa rasa macam tu boleh ada??


Petang semalam aku bercakap dengan ibu aku:

Aku : Ibu percaya tak kalau kakak cakap I dont share my problem to anyone?(cakap bi dengan ibu aku tu benda biasa)
Ibu : Namapak sangat kakak tak ada bestfriends (Oh god!gaya bahasa dia tu sinis gila doh)
Aku : Kakak ada bestfriends cuma tak percayakan dorang sepenuhnya(Ayat cover)
Ibu : Tak boleh jugak sebenarnya kalau pendam sensorang?
Aku : Allah kan ada.


          Banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak tulis bebanyak.Tapi aku ada sorang kawan yang aku percayakan dia.Aina(Nurul Aina Farihas) and Sipoh(Syarifah Raihana Yasmin).Yes! I believe them.Dengan dorang la aku banyak share masalah walaupun tak sepenuhnya.Aku biasanya citekan kat dorang sekerat-sekerat.Aku fullstop kan penceritaan masalah aku kat dorang tanpa dorang sedar.Even dorang sendiri tak tahu yang aku ada minat someone dalam kelas kitaorang.Tiga tahun aku minat mamat ni dalam diam (Ekskulif Di Blog).Sebenarnya dorang tahu aku minat someone cuma dorang tak tahu sapa je.Bebelit-belit la kau ni ngeks.

Let me introduce you to all my friends:

Aina 
Tudung pink - Eqma
Tudung Oren -Amani

Baju biru - Asima
Baju Bealang-belang - Makhluk pluto sesat

Baju kuning - kartini
Baju merah - Hantu Sesat

Sipoh(Syarifah Raihana Yasmin)
Sebenarnya tak la sampai aku ni tak ade bestfriends langsung.Ada tu ada cuma tak percaya 100%.Cenggini pon boleh panggil bestfriends kan??Hahaaha.Sampai sini jela ye rakyat Fire Cat Girl!Bye ^_^

Thursday, 8 May 2014

Masalah

Semakin aku mencuba menjauh
Semakin kau menghampiri
semakin aku mencuba melupakan 
Semakin kau mendekat menghantui

Satu suratan yang mematangkan
juga satu suratan yang memeningkan
Berlari meninggalkan suratan ini bukanlah perkara yang bijak
Bertenang dan hadapi suratan ini dengan sabar
Bertenang dan selesaikannya dengan bijak
Bertenang dan setkan dalam minda anda 
Bahawa ini adalah satu ujian hidup

Bukan ujian yang menyusahkan
Bukan juga ujian yang menyerabutkan
Tapi ujian yang mengajar kita erti : 
 Sabar,Tabah dan Tenang

Adakala diperlukan adakala memenatkan
Namun inilah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan
Masalah,masalah,masalah
Akan aku hadapimu dengan sabar
Kerana kau sudah menjadi sebahagian dari hidupku
Datang dan pegi itulah sifatmu
Hilangmu terus berganti
Ellysa & Aina
8/5/14
10.15 pagi

Tuesday, 29 April 2014

Backstabber

Malam semalam lepas siap buat summary entah hantu omputih mana ntah yang sampuk aku.Tetibe je keluarkan buku nota then tulis apa yang aku rasa pasal luahan perasaan aku untuk backstabber. Yang tak tahannya aku tulis benda ni dalam buku nota yang aku selalu guna kalau nak catatkan somethings yang penting time belaja dalam kelas.Buku ni la yang aku paling sayang nak conteng benda tah pape dalam dulu tapi sekarang ni bukan setakat conteng siap koyakkan lagi.Apa aku peduli yang penting happy sudah Kalau korang rasa macam nak cc kan aku punya line ni untuk mana-mana backstabber sangat dialu-alukan .Aku pun kalau boleh dah lama dah aku tulis line ni kat kertas A4 , buat jet pastu baling jet tu pada someone yang dah lama aku rasa macam nak hempuk  je kepala dia.

If kill you not a crime
I'll do it right know
Do you know what i fell 
when i heard u're backstabber?
It hurts alot!
My Heart just like has been stab by your sword
My heart just like has been hit by  thunderstrom 
Its bleeding alot
I know i'm not a good friend
But atleast i'm not a biggest liar like you
Hate you!
"Forgiveness is a beautiful revenge"
I think that true
But for you its not true at all
Not at all untill you get your punishment
But if you willing to knee down infront of me
I'll Forgive you
what you give you get back backstabber
It may not today but sooner or later it will happen too
Just wait and see!

BACKSTABBER QUOTE:

-Dont Let a backstabber kill your dream or put you down-

-Dealing with backstabbers, there was one thing I learned. They're only powerful when you got your back turned.-

-In your life you will deal with hurt, disappointments , heartaches , headaches, heartbreaks , liars, cheaters, players, fake friends, scandalous females, trust issues,backstabbers , gossipers , and most importantly deceitfulness. you have to expect a punch and take a tylenol , have dirt thrown on you and brush it off, be tripped but stand up stronger than ever -

-As we grow up we don't lose friends, we just realize who the true ones are. So stop believing the liars, trusting the backstabbers and loving the heartbreakers because the biggest mistake you can ever make is letting people stay in your life far longer than they deserve to.-


-Friends are friends until they talk behind your back. Then they're backstabbers.-

Tuesday, 15 April 2014

Sakit Mata

Saya tulis entry kali sebab benda ni terjadi kat saya sendiri sekarang ni.Rasanya ni la kali pertama saya sakit mata sejak naik sekolah menengah ni . Malam semalam gi klinik , doktor bagi ubat tahan sakit , ubat titis dan MC*Yeay*Hahahaha .Part MC ni la yang saya paling suka.Dapat dua hari MC pulak tu . Dapat la saya skip sekolah dua hari tapi sayang sangat sebab hari ni ada Program Mesra AADK kt sekolah. Saya ni bukanlah jenis yang mudah nak sakit ni . Tapi bila dah sakit susah pulak nak sembuh . Tapi takpelah sakitkan penghapus dosa kecil .

PENYAKIT & TANDANYA
  • Mata Menjadi Merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata Menjadi Kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar Tahi Mata Terlampau Banyak: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar Air Mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan Mata dan Kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang

Punca Penyakit
  • bakteria jenis haemophilus
  • jangkitan virus beserta selsema
  • tuala
  • alat kosmatik
  • bulu mata palsu
  • tangan yang tercemar
  • kanta sentuh


Petua sembuhkan sakit mata

  • Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air. Kacau sehingga larut .Kemudian masukkan muka kedalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali(tak pernah buat)
  • titikkan air zam zam kedalam mata(tak pernah buat)
  • titikkan susu ibu(tak pernah buat)
  • minum air mask banyak-banyak(biasa buat)
  • jangan makan cili,atau lauk masak sambal(tapi saya redah je yang ni)






Saturday, 12 April 2014

Spesis talam dua muka

Hai , untuk pengetahuan korang semua ni fiiirst entry untuk blog ni . Blog yang sebelum ni ade masalah teknikal sikit so terpaksa la saya delete*Rasa macam nak nangis*haha tipu je la. Ok , tengok tajuk pon korang dah tahu saya nak cerita pasal ape harikan?Rasanye peribahasa talam dua muka ni macam dah outdated la , sepatutnye , talam bebelas muka. Huh! bencilah dengan orang yang ada perangai macam ni.

Depan kita kemain baiknye , belakang....... perangai macam ape tah . Kekadang rasa macam nak campak ke lombong je orang camni . " Eh Eh! **** asal kau comel sangat erh sekarang??" tu depan kita , belakang kita? " Weh kau nak tau tak , aku rasa menyampah sangat dekat si **** , dia ingat dia tu comel sangat ke ?? aku  rasa aku lagi comel la dari dia? Mentang-mentang la semua orang suka dia bla bla bla bla bla bla bla and bla" Dekat belakang kemain meleret-leret dikutuknye kita ni . Berasap-rasap eden dibuatnye.Kalaulah diberi peluang orang yang macam ni kita patut direct sound je .

Manusia talam dua muka ni sebenarnye bukan boleh dipercayai sangat sebab di depan kita bukan main baik lagi tetapi belakang kita , habis satu dunia dia fitnahkan kita . Talam dua muka ni macam manusia hipokritla, suka berbohong untuk menutup pekung didada . pandai berjanji tapi tak pandai tepati janji.

Talam muka ni memang pandai beri pujian tapi pada masa yang sama dia boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi dari si kuih talam ni . Niat dia satu je , untuk beli jiwa orang yang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya . Sahabat lama terus dilupai

Ok sampai sini je dulu contengan saya . Malas dah nak tulis pasal si kuih talam ni . Benci tau dengan spesis kuih tak boleh makan ni . Kalau cakap banyak-banyak kang ade yang kate saya ni dok ngumpat pasal dia . 
Padahal dia tu yang terlebih makan lada . Huh!! Talam dua muka... Please stop ganggu saya >_<






Monday, 7 April 2014

Cantik

Senang jadi orang cantik ni , mulut macam anjing pun masih ade orang suka , masih ade orang sayang . sebab ape?Sebab kau cantik.Nak jadi baik mudah je , nak jadi cantik tu yang susah , tapi kalau baik tapi hodoh , Belum tentu ade orang pandang kau .

Kecantikan awak adalah sementara. Jangan awak riak kerana semuanya  Allah boleh tarik bila-bila masa. Pujian itu adalah ujian untuk awak .  :')
Kita jalan-jalan tetibe . . . tersungkur jatuh , malu tak? mesti la malu kan >.<

Cuba bayangkan kita tersungkur di jalan ALLAH?
Sepatutnya kita lebih malu tapi boleh buat dek je .

Selalu bayangkan diri anda di tempat orang lain. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

 Kau cakap kalau orang tu cantik konpem dia tu baik . Alahai sayang cantik tu subjek tau. Kalau seseorang tu hodoh tak bermakna dia tu jahat. Kalau nak tahu seseorang tu baik ke tak tengok cara percakapan dia , personaliti dia, the way that she dressing . Kalau cakap pasal dressing ni tak semestinya pakai baju mahal-mahal ,ketat baru cantik . Maksud cara dia dressing ni tengok dia pakai baju tu ketat ke tak, tutup aurat ke tak .